Follow Me

Jan 16, 2017

Review | NZXT S340 Edisi Khas Razer™



NZXT S340

NZXT S340 design by Razer merupakan sebuah kerangka komputer atau "case" edisi khas dikeluarkan oleh syarikat NZXT. Ia masih merupakan sebuah kerangka bersaiz sederhana dalam kategori "Mid-Tower" yang mampu menampung motherboard bersaiz Mini-ITX, Macro-ATX & ATX seperti mana edisi original yang menerapkan tema Razer; seorang pemain video game professional. Harga pasaran tempatan untuk S340 edisi khas Razer ini adalah sebanyak RM470-RM500.


Kualiti

S340 edisi khas Razer ini memiliki kualiti buatan yang sama seperti edisi original. Diperkuatkan dengan tempaan 100% logam, kini ia memiliki keberatan sebanyak 7.29kg berikutan penambahan beberapa aksesori baru untuk rekaan khas ini.

Penambahan aksesori baru seperti dua (2) lampu denyar "Neon Green" yang meliputi sepanjang bahagian bawah kerangka. Ia turut mempunyai nyalaan LED pada bahagian logo Razer dipermukaan penutup hadapan. Kesinambungan tema Razer turut diserap kepada butang kuasa dengan nyalaan LED dan juga slot / lubang USB 3.0 yang berwarna hijau. Di samping itu, tertera juga logo Razer pada bahagian palang kabel. Keseluruhan permukaan kerangka, kedua-dua penutup sisi dan juga penutup hadapan mendapat kemasan warna hitam "matte" di samping memiliki tetingkap sisi pandang-telus acrylic yang gelap.

NZXT S340 - Edisi khas Design by Razer

(Kiri) | Interior Hadapan & (Kanan) | Interior Belakang


Kemasan Terperinci


Razer is Green!

Berteraskan konsep Razer, aksesori tambahan diberikan kepada S340 edisi khas ini di mana sepasang lampu denyar "Neon Green" di pasang pada bahagian bawah kerangka. Ia turut memperkenalkan logo Razer yang memiliki nyalaan LED dengan warna yang sama.


(Kiri) | Panel Hadapan & (Kanan) | Bahagian bawah kerangka

Tetingkap Sisi
Edisi khas ini turut menampilkan tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" baru yang lebih gelap. Ini membuatkan kerangka edisi khas ini tampak lebih dramatik di samping kemasan warna hitam matte pada keseluruhan kerangka. 

Tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" baru yang lebih gelap


Sistem Pengudaraan / Penyejukan
S340 edisi khas Razer ini masih mengekalkan slot yang sama sepertimana edisi asal dengan empat (4) slot untuk menempatkan "case fans" atau kipas pendingin. Kipas pendingin yang disediakan oleh NZXT untuk edisi khas ini masih dari model FN V2 namun dengan kemasan warna hitam pada keseluruhan kipas. Kedudukan dan saiz kipas pendingin yang disokong oleh kerangka ini adalah:-

• Belakang: 1x 120mm (diberikan 1x120mm FN V2)
• Atas: 1x 120mm / 140mm (diberikan 1x120mm FN V2)
• Hadapan: 2x 120mm / 140mm

Kipas pendingin (FN V2) Hitam boleh didapati dalam saiz 120mm / 140mm


Anti Debu
Seperti mana edisi asal, edisi khas ini dilengkapi dengan dua (2) sistem penapisan debu sepertimana berikut:-

• Hadapan: Sistem penapis debu yang memiliki kerangka plastik dan penapis halus yang melitupi sepanjang lokasi untuk penetapan kipas pendingin. Kerangka penapis debu ini juga memiliki magnet kecil bagi memudahkan ia melekat pada permukaan kerangka dalaman yang diperbuat daripada logam.

• Bawah: Terdapat satu lagi penapis debu yang diberikan dan ia terletak di bahagian bawah kerangka; di lokasi yang mempunyai ruang udara untuk Power Supply Unit (bahagian bawah-belakang kerangka). Namun begitu, kualiti penapis debu ini masih mengekalkan bentuk daripada edisi asal yang sangat tidak digemari oleh pengguna.

(Kiri) | Penapis Debu Hadapan & (Kanan) | Penapis Debu Bawah


Slot Simpanan Data
S340 edisi khas Razer ini memiliki beberapa slot yang boleh digunakan untuk menempatkan hard disk bersaiz 3.5 inci atau hard disk/solid state drive 2.5 inci.

• 3x 3.5 inci HDD: Terdapat dua (2) slot hard disk 3.5 inci pada bingkai slot dengan tambahan satu (1) slot lagi pada bahagian bawah kerangka utama.

• 3x 2.5 inci HDD / SSD: Terdapat dua (2) slot hard disk 2.5 inci ATAU solid state drive pada bahagian hadapan kerangka dalaman S340 ini. Ia dilengkapi dengan bingkai individu yang diperkemas menggunakan "thumbs-screw". Manakala, satu (1) slot lagi terletak pada bahagian bawah kerangka utama.

(Kiri) | 2+1 Slot 3.5" HDD & (Kanan) | 2+1 Slot 2.5 HDD/SSD


Palang Kabel
Pada bahagian dalaman kerangka, terdapat satu lapisan besi yang berfungsi sebagai "penyembunyi" kabel, selain itu ia juga turut membantu dalam memberikan daya sokongan tambahan untuk kekuatan struktur kerangka. Palang tersebut diikat kepada bahagian dalaman kerangka dengan sembilan (9) butir skru dan terdapat logo Razer tertera pada palang tersebut. Ia mempunyai kemasan warna yang sama sepertimana ke semua bahagian kerangka. 
Nota:- Berdasarkan bentuk palang tersebut, ianya tidak memungkinkan untuk penggunaan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" untuk radiator pendingin bersaiz 240mm pada bahagian hadapan. Sebaliknya, jika radiator pendingin bersaiz 120mm digunakan, pengguna boleh melakukan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" dengan syarat -- ianya dilakukan pada slot bawah. Namun begitu, ada kemungkinan juga perkara ini tidak dapat dilakukan sekiranya saluran paip pendingin tidak mempunyai kepanjangan yang memadai. 
Palang kabel S340 edisi Razer

Butang & Slot I/O
Ke semua butang dan slot in-out pada edisi khas ini mendapat kemasan dengan konsep Razer. Nyalaan LED hijau pada butang kuasa dan juga penunjuk aktiviti hard disk. Di samping itu, konsep Razer turut menggantikan warna asal USB 3.0 menjadi warna hijau.

• 1x Butang Kuasa (S340 tidak mempunyai butang "reset")
• 2x Slot / Lubang USB 3.0 (Warna hijau dari konsep Razer)
• 1x Slot / lubang Headset
• 1x Slot / lubang Mikrofon
• 1x LED penunjuk aktiviti hard disk hijau



Konsep Razer turut diberikan kepada slot in-out



Slot PCI
S340 edisi khas Razer mempunyai tujuh (7) slot PCI untuk kegunaan kad grafik atau hardware lain yang berasaskan PCIe Lane. Penambahan diberikan kepada slot PCI ini di mana terdapatnya penutup pada pinggir slot ini (S340 edisi asal tidak mempunyai penutup ini).



PCI slot dengan penutup tambahan

Lain-lain
• Ke dua-dua penutup sisi kiri dan kanan kerangka utama mempunyai "thumbs screw" yang tidak mudah ditanggalkan. Ini dapat mengelakkan kehilangan skru tersebut akibat kecuaian pengguna.
• Mempunyai sejenis "bracket" sebagai aksesori tambahan untuk memudahkan pemasangan Power Supply Unit. Ia juga mempunyai "thumbs screw" bercirikan seperti di atas.
• Mempunyai lapisan pelindung atau "Shroud" yang menutupi keseluruhan Power Supply Unit. Ia diperbuat daripada bahan yang sama digunakan untuk kerangka dalaman. Pada bahagian hadapan pelindung ini, ia mempunyai beberapa bukaan "sirip" yang memudahkan pengaliran udara / haba.


Kelebihan & Kekurangan

Pro
• Kualiti yang sangat baik dan bermutu sepertimana edisi asal.
• Saiz yang kompak dengan rekaan manimalis yang unik dengan tema Razer.
• Mempunyai sokongan radiator pendingin bersaiz sehingga 240mm pada bahagian hadapan.
• Slot atau konfigurasi Power Supply Unit di bahagian bawah kerangka.
• Ruang yang mencukupi di bahagian belakang kerangka dalaman memudahkan untuk proses pengurusan kabel-kabel.
• Mempunyai pelindung Power Supply Unit. Turut membantu dalam memudahkan proses pengurusan kabel yang dinyatakan di atas.

Con
• Berat dan sukar dialihkan. Berat bertambah dengan kehadiran aksesori baru seperti lampu denyar di bahagian bawah kerangka.

• Wayar LED untuk logo Razor pada panel penutup hadapan sangat mudah terdedah kepada kerosakan jika tidak berhati-hati semasa mengendalikan panel tersebut.
• Kualiti tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" yang mudah tercalar.
• Tidak mempunyai penapis debu pada kipas pendingin di bahagian atas.
• Kualiti penapis debu di bahagian bawah berhampiran dengan lokasi Power Supply Unit yang mengecewakan jika dibandingkan dengan harga jualan.
• Tidak mempunyai butang "Reset".
• Slot untuk simpanan data (hard disk / solid state drive) yang terhad.
• Tidak mempunyai slot untuk peranti bersaiz 5.25 inci.

Jan 15, 2017

Review | NZXT S340





NZXT S340

NZXT S340 merupakan sebuah kerangka komputer atau "case" dikeluarkan oleh syarikat NZXT. Ia merupakan sebuah kerangka bersaiz sederhana dalam kategori "Mid-Tower" yang mampu menampung motherboard bersaiz Mini-ITX, Macro-ATX & ATX. Harga pasaran tempatan untuk S340 adalah sebanyak RM320-RM350.


Kualiti

Hampir keseluruhannya buatan S340 adalah menggunakan material logam mampat yang kukuh dengan reka bentuk unik berbentuk segiempat yang mana, ianya jarang dilihat dalam pasaran kerangka komputer pada masa kini. Kerangka komputer ini tampil dengan rekaan minimalis dan elegan meskipun mempunyai saiz yang berskala kompak. 

Rekaan unik NZXT S340 yang minimalis

Oleh kerana hampir ke semua bahagian kerangka ini diperbuat daripada logam padat, ianya mempunyai berat keseluruhan sebanyak 7.05kg (tidak termasuk kandungan hardware). Terdapat beberapa pilihan warna berlainan untuk S340 yang mana ianya mempunyai permukaan dan kemasan efek "glossy" atau berkilat pada keseluruhan permukaan luar kerangka. Manakala, warna pada bahagian dalaman menampilkan kemasan efek "Matte" berwarna hitam.

  • Putih
  • Hitam
  • Hitam + Merah
  • Hitam + Biru
Pilihan warna yang berlainan NZXT S340

(Kiri) | Interior Hadapan & (Kanan) | Interior Belakang


Kemasan Terperinci

Tetingkap Sisi
S340 ini turut menampilkan tetingkap sisi pandang-telus yang diperbuat daripada material "acrylic" bagi memudahkan pengguna untuk melihat isi kandungan perkakasan komputer yang dibina.


Tetingkap sisi acrylic "pandang-telus" bersaiz besar

Sistem Pengudaraan / Penyejukan
S340 memiliki empat (4) slot untuk menempatkan "case fans" atau kipas pendingin. Kedudukan dan saiz kipas pendingin yang disokong oleh kerangka ini adalah:-

• Belakang: 1x 120mm (diberikan 1x120mm FN V2)

• Atas: 1x 120mm / 140mm (diberikan 1x120mm FN V2)
• Hadapan: 2x 120mm / 140mm


Kipas pendingin (FN V2) boleh didapati dalam saiz 120mm / 140mm

Anti Debu

Untuk mengelakkan debu memasuki kerangka dengan mudah, S340 dilengkapi dengan dua (2) sistem penapisan debu seperti berikut:-

Hadapan: Sistem penapis debu yang memiliki kerangka plastik dan penapis halus yang melitupi sepanjang lokasi untuk penetapan kipas pendingin. Kerangka penapis debu ini juga memiliki magnet kecil bagi memudahkan ia melekat pada permukaan kerangka dalaman yang diperbuat daripada logam.


Bawah: Terdapat satu lagi penapis debu yang diberikan dan ia terletak di bahagian bawah kerangka; di lokasi yang mempunyai ruang udara untuk Power Supply Unit (bahagian bawah-belakang kerangka). Namun begitu, kualiti penapis debu ini (dan saiz lubang pada penapis) tidak sebaik penapis debu yang disediakan pada bahagian hadapan; jesturu itu ia mendapat kritikan daripada kebanyakan pengguna.



(Kiri) | Penapis Debu Hadapan & (Kanan) | Penapis Debu Bawah
  

Slot Simpanan Data

S340 memiliki beberapa slot yang boleh digunakan untuk menempatkan hard disk bersaiz 3.5 inci atau hard disk/solid state drive 2.5 inci.

3x 3.5 inci HDD: Terdapat dua (2) slot hard disk 3.5 inci pada bingkai slot dengan tambahan satu (1) slot lagi pada bahagian bawah kerangka utama.


3x 2.5 inci HDD / SSD: Terdapat dua (2) slot hard disk 2.5 inci ATAU solid state drive pada bahagian hadapan kerangka dalaman S340 ini. Ia dilengkapi dengan bingkai individu yang diperkemas menggunakan "thumbs-screw". Manakala, satu (1) slot lagi terletak pada bahagian bawah kerangka utama.



(Kiri) | 2+1 Slot 3.5" HDD & (Kanan) | 2+1 Slot 2.5 HDD/SSD
  
Palang Kabel
Pada bahagian dalaman kerangka, terdapat satu lapisan besi yang berfungsi sebagai "penyembunyi" kabel, selain itu ia juga turut membantu dalam memberikan daya sokongan tambahan untuk kekuatan struktur kerangka. Palang tersebut diikat kepada bahagian dalaman kerangka dengan sembilan (9) butir skru dan terdapat ukiran jenama NZXT pada palang tersebut. 

Ia mempunyai kemasan warna dan lapisan berkilat sama seperti pada semua bahagian luaran kerangka utama. Warna yang diberikan kepada palang tersebut bergantung kepada tema warna yang dipilih pengguna. 



Nota:- Berdasarkan bentuk palang tersebut, ianya tidak memungkinkan untuk penggunaan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" untuk radiator pendingin bersaiz 240mm pada bahagian hadapan. Sebaliknya, jika radiator pendingin bersaiz 120mm digunakan, pengguna boleh melakukan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" dengan syarat -- ianya dilakukan pada slot bawah. Namun begitu, ada kemungkinan juga perkara ini tidak dapat dilakukan sekiranya saluran paip pendingin tidak mempunyai kepanjangan yang memadai. 



Palang Kabel

Butang & Slot I/O

Pada bahagian atas-hadapan kerangka utama, terdapat beberapa butang dan slot untuk "in-out" (atau I/O).

• 1x Butang Kuasa (S340 tidak mempunyai butang "reset")

• 2x Slot / Lubang USB 3.0 (biru)
• 1x Slot / lubang Headset
• 1x Slot / lubang Mikrofon
• 1x LED penunjuk aktiviti hard disk


In-Out slot hadapan

Slot PCI

S340 mempunyai tujuh (7) slot PCI untuk kegunaan kad grafik atau hardware lain yang berasaskan PCIe Lane.


PCI Slot


Lain-lain

• Ke dua-dua penutup sisi kiri dan kanan kerangka utama mempunyai "thumbs screw" yang tidak mudah ditanggalkan. Ini dapat mengurangkan kehilangan skru tersebut akibat kecuaian pengguna.
• Mempunyai sejenis "bracket" sebagai aksesori tambahan untuk memudahkan pemasangan Power Supply Unit. Ia juga mempunyai "thumbs screw" bercirikan seperti di atas.
• Mempunyai lapisan pelindung atau "Shroud" yang menutupi keseluruhan Power Supply Unit. Ia diperbuat daripada bahan yang sama digunakan untuk kerangka dalaman. Pada bahagian hadapan pelindung ini, ia mempunyai beberapa bukaan "sirip" yang memudahkan pengaliran udara / haba.


Kelebihan & Kekurangan


Pro

• Kualiti yang sangat baik dan bermutu.
• Saiz yang kompak dengan rekaan manimalis yang unik.
• Mempunyai sokongan radiator pendingin bersaiz sehingga 240mm pada bahagian hadapan.
• Slot atau konfigurasi Power Supply Unit di bahagian bawah kerangka.
• Ruang yang mencukupi di bahagian belakang kerangka dalaman memudahkan untuk proses pengurusan kabel-kabel.
• Mempunyai pelindung Power Supply Unit. Turut membantu dalam memudahkan proses pengurusan kabel yang dinyatakan di atas.

Con

• Berat dan sukar dialihkan.
• Kualiti tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" yang mudah tercalar.
• Tidak mempunyai penapis debu pada kipas pendingin di bahagian atas.
• Kualiti penapis debu di bahagian bawah berhampiran dengan lokasi Power Supply Unit yang mengecewakan jika dibandingkan dengan harga jualan.
• Tidak mempunyai butang "Reset".
• Slot untuk simpanan data (hard disk / solid state drive) yang minimum.
• Tidak mempunyai slot untuk peranti bersaiz 5.25 inci seperti DVD ROM, DVDR/W, Fan Control Hub, dll.

Jan 7, 2017

Asas DSLR | Jenis-jenis Lensa

Jenis-jenis Lensa

Terdapat DUA (2) jenis lensa yang digunakan di dalam fotografi (berdasarkan kepada struktur reka bentuk) iaitu:-
  • Fixed lens adalah istilah yang merujuk kepada lensa yang memiliki hanya satu panjang fokal dan ianya tidak berubah.
  • Zoom lens adalah istilah yang merujuk kepada lensa yang memiliki panjang fokal "lebih daripada satu" atau boleh-ubah.
Walaupun kedua-dua jenis utama lensa ini berbeza dari segi jenis, struktur, buatan ATAU kualitinya, namun ianya mempunyai fungsi yang sama iaitu; medium yang membenarkan cahaya memasuki sesebuah kamera dalam penghasilan imej.

Contoh-contoh Fixed Lens


Panjang Fokal

Panjang Fokal atau "Focal Length" pada sesuatu sistem optik merujuk kepada keupayaannya untuk mengukur "kebolehan" sistem tersebut untuk menumpu atau mencapah cahaya. Ia dinilai mengunakan unit milimeter (mm) yang berdasarkan kepada filem 35mm. Setiap panjang fokal yang berbeza akan menghasilkan perspektif gambar yang berlainan menurut penggunaan.Melalui perbezaan panjang fokal inilah membolehkan sesuatu jenis lensa itu dikategorikan.


Kategori Lensa

Berdasarkan kepada jenis-jenis lensa di atas tadi, kini ianya boleh diklasifikasikan pula kepada beberapa kategori lensa. 

  • Ultra Wide Lens
  • Wide Lens
  • Standard Lens
  • Portrait Lens
  • Telephoto Lens
  • Super Telephoto Lens
  • Special Lens

Kebanyakan pengeluar lensa terkemuka di dunia (seperti Nikon, Canon, Sony, Samyang, Sigma, Tamron, Tokina, Voiglander, Zeiss & dll) menghasilkan lensa yang memiliki panjang fokal di antara 20mm, 24mm, 28mm, 35mm, 40mm, 50mm, 85mm, 105mm, 135mm, 200mm, 300mm, 400mm sehingga 600mm. Mereka juga turut mengeluarkan lensa yang mempunyai panjang fokal yang sama, namun mempunyai nilai maksimum aperture yang berbeza. Ini adalah penting kerana setiap jenis lensa harus diselaraskan mengikut keperluan dan tujuan penghasilan imej.

Nota
Panjang fokal sesebuah lensa boleh ditambah dengan menggunakan lensa tambahan / sekunder yang dipanggil teleconverter. Ia turut dikenali sebagai "Tele Extender".


Nikon AF-S Teleconverter TC-14E III

Kaedah penggunaan Teleconverter


Di bawah adalah penerangan lanjut mengenai perbezaan bagi setiap kategori-kategori sesebuah lensa.

Ultra Wide Lens 
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 14mm hingga 21mm. Oleh kerana lensa ini selalunya cenderung digunakan dalam jarak yang begitu dekat, ianya menghasilkan kesan perspektif yang dramatik.

Contoh Ultra Wide Lens adalah seperti:- 
  • Canon EF-S 10-22mm f/3.5-4.5 USM
  • Nikon AF Nikkor 14mm f/2.8D ED
  • Tokina AT-X 11-16mm f/2.8 PRO DX V
Contoh-contoh Ultra Wide Lens


Wide Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 24mm hingga 35mm. Oleh kerana lensa ini selalunya cenderung digunakan dalam jarak yang begitu dekat, ianya menghasilkan perspektif yang lebih luas berbanding lensa di dalam kategori Standard.

Contoh Wide Lens adalah seperti:- 
  • Nikon AF-S NIKKOR 35mm f/1.4G
  • Tokina AT-X 17-35 f/4 PRO FX
  • Canon EF 35mm f/1.4L II USM
Contoh-contoh Wide Lens


Standard Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal 50mm. Lensa yang memiliki panjang fokal ini memberikan efek seakan-akan perspektif mata manusia.

Contoh Standard Lens adalah seperti:- 
  • Sigma 50mm f/1.4 Art
  • Canon 50mm f/1.2 L
  • Nikon AF-S NIKKOR 50mm f/1.4G
Contoh-contoh Standard Lens


Portrait Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 52mm hingga 85mm. Ia juga dikenali sebagai short telephoto yang mana memberikan jarak subjek yang agak jauh daripada kamera dan sering menghasilkan perspektif yang sangat menyenangkan.

Contoh Portrait Lens adalah seperti:- 
  • Nikon AF-S NIKKOR 58mm f/1.4G
  • Sigma 85mm f/1.4 DG HSM Art
  • Canon EF 85mm f/1.8 USM

Contoh-contoh Potrait Lens


Telephoto Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 105mm hingga 135mm. Lensa daripada kategori ini boleh digunakan untuk merakamkan imej aksi seperti sukan yang selalunya mempunyai subjek yang berada jauh daripada kamera. Ia juga sesuai digunakan untuk tujuan imej potret yang mana jika digunakan dengan kombinasi aperture besar akan menghasilkan kesan pengasingan subjek terhadap latar belakang kerana ianya menghasilkan depth of field yang kurang.

Contoh Telephoto Lens adalah seperti:- 
  • Canon EF 100mm f/2.8L Macro IS USM
  • Sigma 50-100mm f/1.8 DC HSM Art
  • Nikon 135mm f/2D AF DC

Contoh-contoh Telephoto Lens


Super Telephoto Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal melebihi 200mm sehingga 500mm. Lensa daripada kategori ini popular dan sering digunakan untuk merakamkan imej aksi seperti sukan dan hidupan liar yang selalunya mempunyai subjek yang berada jauh daripada kamera. Lensa daripada jenis ini selalunya bersaiz besar dan begitu berat.

Contoh super telephoto lens adalah seperti:- 
  • Sigma 120-300mm f/2.8 DG OS HSM
  • Canon EF 400mm f/4 DO IS II
  • Nikon AF-S Nikkor 500mm f/4E FL ED VR

Contoh-contoh Super Telephoto Lens


Special Lens 
Lensa dalam kategori ini merupakan lensa khas yang memiliki ciri-ciri dan untuk kegunaan tertentu. Di antara lensa yang termasuk dalam kategori ini adalah:-

■ Fisheye Lens 
Lensa dalam kategori ini memiliki panjang fokal terendah di antara 8mm sehingga 14mm. Ciri-ciri utama lensa fisheye ini adalah; ianya ringan dan padat, mempunyai perspektif dan sudut pandang yang sangat luas. Ia juga mudah dikenalpastikan melalui bentuk luaran lensa yang berbentung cembung. 

Contoh Fisheye Lens adalah seperti:-

  • Samyang 8mm T3.8 Diagonal Fisheye
  • Kaili Optronics Kelda 6.5mm f/3.5 Fisheye
  • Nikon AF DX Fisheye-Nikkor 10.5mm f/2.8G ED

Contoh-contoh Fisheye Lens


■ Macro Lens 

Lensa dalam kategori ini memiliki panjang fokal di antara 40mm sehingga mencecah 200mm. Lensa macro ini sangat sesuai digunakan untuk merakamkan imej hidupan mikro seperti serangga dan objek-objek yang mempunyai maklumat atau tekstur yang halus. Lensa macro mempunyai kebolehan unik untuk "membesarkan" skala sesuatu subjek yang dirakam pada ratio 1:1 dalam dunia nyata.

Contoh Macro Lens adalah seperti:-

  • Canon EF 100mm f/2.8L Macro IS USM
  • Tamron SP 90mm f/2.8 Di Macro
  • Nikon AF Nikkor 200mm f/4 ED-IF Micro

Contoh-contoh Macro Lens


■ Tilt-and-Shift Lens 
Lensa dalam kategori ini memiliki panjang fokal di antara 17mm sehingga 30mm. Lensa ini memiliki bentuk luaran yang unik seperti mana juga pada struktur dalamannya. Lensa ini secara luarannya terbahagi kepada dua atau lebih bahagian yang boleh digerakkan ketika merakamkan sesuatu imej. Pengunaan lensa ini sangat popular untuk proses merakamkan imej bangunan dan struktur-struktur. 

Contoh Tilf-and-Shift Lens adalah seperti:-

  • Samyang 24mm f/3.5 ED AS UMC Tilt-Shift
  • Canon TS-E 24mm f/3.5L II Tilt-Shift
  • Nikon AF Nikkor 24mm f/3.5D PC-E



Contoh-contoh Tift-and-Shift Lens

■ Infrared Lens 
• LSW 100mm f/2 Lens with Iris

Contoh Infrared Lens