Follow Me

Dec 10, 2016

Asas DSLR | Triangle Exposure

Rajah 1: Triangle Exposure


TRIANGLE EXPOSURE



Triangle Exposure (Segitiga Pencahayaan); merupakan suatu kaedah asas bagi menentukan kualiti pencahayaan (Exposure) bagi imej yang dirakamkan menggunakan DSLR. Secara teknikal, ia berat dipengaruhi oleh "pembolehubah" atau tetapan berikut (Rujuk rajah 1):-

Dengan mengimbangi nilai tetapan bagi pembolehubah tersebut, ia bukan sahaja mempengaruhi kualiti "exposure" pada imej, bahkan ia juga akan besar mempengaruhi kualiti keseluruhan imej secara amnya. Memahami bagaimana Exposure Triangle berfungsi, merupakan suatu kemahiran asas yang harus dipelajari dalam usaha untuk memahirkan diri bagi menggunakan DSLR - selain pemahaman kreatif yang lain mengenai teknik & komposisi dalam fotografi.


EV dan Stop

Kombinasi tertentu kepada ketiga-tiga nilai pembolehubah (aperture, shutter speed, ISO) tadi dinamakan sebagai Exposure Value atau singkatannya "EV". Manakala, perrubahan nilai di antara EV pula di namakan Stop atau "f-stop" (penambahan dedahan cahaya sebanyak sekali ganda ATAU pengurangan dedahan cahaya sebanyak separuh). Ini dilakukan dengan mengubah salah satu daripada tiga pembolehubah, manakala dua lagi pembolehubah berada dalam nilai yang sama.

Di dalam rajah 2 di bawah, saya sediakan jadual ringkas untuk memudahkan pembaca untuk memahami teori mengenai f-stop. Setiap bacaan dari langkauan satu kotak ke kotak yang lain di dalam jadual ini (sama dari kiri atau kanan), ia akan memberikan perubahan nilai EV sebanyak ±1 Stop.
Rajah 2: Jadual "f-stop" 

Contoh...

Misalannya, anda mempunyai bacaan "exposure" seperti berikut;


(Aperture) x (Shutter Speed) x (ISO) = Correct Exposure

( f/5.6 ) x ( 1/400 sec ) x ( ISO 800 ) = Correct Exposure

Merujuk kepada jadual di atas; anda telah menambahkan dedahan cahaya sebanyak sekali ganda apabila:

Aperture (nilai Shutter Speed & ISO tidak berubah)
(+1 Stop) f/5.6 ditukarkan kepada f/4
(+2 Stop) f/5.6 ditukarkan kepada f/2.8
(+3 Stop) f/5.6 ditukarkan kepada f/2    

Shutter Speed (nilai Aperture & ISO tidak berubah)
(+1 Stop) 1/400 sec ditukarkan kepada f/200 sec
(+2 Stop) 1/400 sec ditukarkan kepada f/100 sec
(+3 Stop) 1/400 sec ditukarkan kepada f/50 sec

ISO (nilai Aperture & Shutter Speed tidak berubah)
(+1 Stop) ISO 800 ditukarkan kepada ISO 1600
(+2 Stop) ISO 800 ditukarkan kepada ISO 3200
(+3 Stop) ISO 800 ditukarkan kepada ISO 6400

atau; anda telah mengurangkan dedahan cahaya sebanyak separuh apabila:

Aperture (nilai Shutter Speed & ISO tidak berubah)
(-1 Stop) f/5.6 ditukarkan kepada f/8
(-2 Stop) f/5.6 ditukarkan kepada f/11
(-3 Stop) f/5.6 ditukarkan kepada f/16   

Shutter Speed (nilai Aperture & ISO tidak berubah)
(-1 Stop) 1/400 sec ditukarkan kepada f/800 sec
(-2 Stop) 1/400 sec ditukarkan kepada f/1600 sec
(-3 Stop) 1/400 sec ditukarkan kepada f/3200 sec

ISO (nilai Aperture & Shutter Speed tidak berubah)
(-1 Stop) ISO 800 ditukarkan kepada ISO 400
(-2 Stop) ISO 800 ditukarkan kepada ISO 200
(-3 Stop) ISO 800 ditukarkan kepada ISO 100

Nota: Harus diingat, hanya satu nilai pembolehubah yang bertukar sedangkan dua lagi nilai pembolehubah tidak bertukar. 

No comments:

Post a Comment