Follow Me

Showing posts with label Review Software. Show all posts
Showing posts with label Review Software. Show all posts

Jan 6, 2017

Review | UNIGINE Heaven

UNIGINE HEAVEN


UNIGINE Heaven benchmark merupakan perisian popular yang digunakan untuk menguji keupayaan sesuatu kad grafik melalui penggunaan DirectX 11.

Heaven benchmark 4.0 merupakan versi terkini aplikasi ini. Ia berfungsi dengan memberikan "tekanan" terhadap daya upaya sesuatu kad grafik ke tahap tertinggi. Ia juga digunakan secara efektif untuk menentukan kestabilan kad grafik pada kondisi daya kerja ekstrem. Di samping itu, ia juga digunakan untuk menentukan potensi sistem penyejukan kad grafik pada kondisi daya kerja ekstrem.

UNIGINE Heaven Benchmark
Pada saat aplikasi ini diaktifkan, ia akan membawa pengguna kepada suatu persekitaran seakan-akan dunia magik yang berkonsepkan "steampunk". Ia seakan-akan sebuah bandar "tembaga" yang didirikan di atas sebuah pulau terapung. 

Apabila "benchmark" dilakukan, aplikasi ini akan mula menyelusuri semua bahagian di atas pulau tersebut. Ia akan mula menyelusuri setiap pelusuk bandar - Tempat pejalan kaki yang disimbahi cahaya kekuningan matahari, meneroka kapal atau belon terbang yang berlabuh di pinggiran pulau terebut yang di kelilingi oleh awan-awan sehinggalah ke kawasan dataran bandar yang mempunyai tugu naga yang megah berdiri. 

Ke semua proses ini akan memberikan daya tekanan kerja kepada kad grafik ke tahap maksimum. Ia menggunakan enjin grafik UNIGINE yang unik untuk menguji keupayaan grafik API.  

Kapal/Belon Terbang

Tugu Naga
Ciri-ciri
  • Tahap uji kestabilan kad grafik ekstrem
  • Keputusan ujian yang tepat kerana menggunakan 100% benchmark untuk kad grafik
  • Mempunyai beberapa tetapan benchmark yang boleh digunakan untuk menentukan perbandingan ujian
  • Sokongan untuk DirectX 9, DirectX 11 dan OpenGL 4.0
  • Sokongan untuk multi platfom - Windows, Linux dan Mac OS X
  • Mengunakan tetapan "tessalation" yang boleh dilaraskan untuk penggunaan secara komprehensif
  • Kebolehan untuk mengubah tetapan jumlah/amaun awan dan petukaran siang-malam untuk benchmark
  • Pencahayaan semulajadi secara global yang realistik
  • Mod sinematik kamera yang unik 
  • Sokongan untuk penggunaan konfigurasi multi monitor
  • Kepelbagaian mod Stereo 3D
  • Pemantauan terhadap suhu kad grafik
  • Keputusan yang boleh diubahsuai dalam format CSV
  • Sokongan bagi mod renderasi perisian DirectX 11 untuk tujuan rujukan
  • Sokongan untuk bahasa English, Rusia dan China


Sistem yang diperlukan

Perisian ini memerlukan Windows Vista / 7/ 8 atau Linux dan kad grafik yang menyokong DirectX 11 / OpenGL 4.0 untuk beroperasi.

Kad Grafik (GPU)
  • ATI Radeon HD 4000-series dan ke atas
  • NVidia GeForce 8000-series dan ke atas
  • Intel HD 3000 dan ke atas

Memori Kad Grafik: 512MB (Minima)

Sistem Operasi
  • Windows Vista / 7/ 8 / 10
  • Linux
  • Mac OS X 10.8
Perbezaan di antara versi UNIGINE Heaven

Sila klik DI SINI untuk mendapatkan UNIGINE Heaven 4.0 untuk versi percuma.

Dec 26, 2016

Review | MAXON Cinebench

MAXON CINEBENCH


MAXON Cinebench


Cinebench adalah perisian yang diguna pakai bagi menentukan prestasi dan keupayaan komputer anda dalam konteks penggunaan dalam dunia nyata. Perisian ini adalah berdasarkan kepada perisian MAXON yang memenangi anugerah dalam CINEMA 4D. Ianya diguna pakai secara meluas oleh studio dan produksi di seluruh dunia dalam reka cipta 3D. Sebagai contoh, perisian MAXON ini pernah digunakan dalam pembikinan filem Blockbuster seperti Iron Man 3, Oblivion, Life of Pi, Prometheus dan lain-lain lagi. 


Prestasi Pemprosesan Utama (CPU)


Ujian ini akan menguji "keupayaan memproses" yang dimiliki oleh sistem anda untuk merenderasikan sejenis rajah animasi photorealistic 3D rekaan oleh AixSponza yang bertajuk "No Keyframes". Ujian ini menggunakan pelbagai variasi algoritma untuk memberikan kesan stres kepada semua teras pemprosesan (CPU Cores) yang dimiliki oleh sistem anda.



"No Keyframes" oleh AixSponza


Perisian ini juga mampu mengukur sistem anda sehingga ke 256 benang pemprosesan. Ia mengandungi 2,000 objek yang mana memiliki lebih daripada 300,000 poligon secara keseluruhan. Ia membabitkan proses sharp/blur reflections, area lights, shadows, procedural shaders, antialising dan banyak lagi. Keputusan ujian ini akan dinyatakan dalam nilai point (pts). Semakin tinggi nilai poin ini, bermakna semakin laju keupayaan pemprosesan sistem anda.


Prestasi Kad Grafik (GPU OpenGL)


Proses ini melibatkan penggunaan senario 3D yang kompleks rekaan renderbaron yang dinyatakan dalam bentuk adegan kejar mengejar dua buah kereta. Ia akan menguji keupayaan kad grafik anda dalam mod OpenGL. Keputusan akan bergantung kepada keupayaan pemprosesan utama kad grafik  terhadap software grafik yang digunakan. Di dalam ujian ini, kad grafik anda diperlukan untuk memaparkan sejumlah besar geometri (hampir 1 juta poligon) dan tekstur.



3D "car chase" scene oleh renderbaron

Selain itu, ia juga turut menguji keupayaan kad grafik untuk memaparkan pelbagai efek seperti environment, bump maps, transperancy, lighting dan banyak lagi. Daripada ujian ini, anda akan memperolehi maklumat serta kemampuan asas kad grafik yang dimiliki. Keputusan ujian ini akan dinyatakan dalam nilai frame per second (fps). Semakin tinggi nilai poin ini, bermakna semakin laju keupayaan pemprosesan kad grafik anda. 


Siapakah yang harus mengunakan Maxon Cinebench?


Perisian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan evaluasi tentang keupayaan sistem mereka - sama ada keupayaan CPU atau pun GPU. 


Dapatkan Maxon Cinebench R15.0.3.8 (64-Bit) secara percuma DI SINI.