Follow Me

Dec 10, 2016

Asas DSLR | Aperture

Aperture

Aperture (Mod Av / A) merupakan istilah yang merujuk kepada "seberapa besar atau kecil" bukaan bilah iris pada sesebuah lensa. Bilangan bilah iris pada sesebuah lensa adalah berbeza namun mempunyai fungsi yang sama; membenarkan cahaya untuk memasuki lensa. Saiz bukaan iris ini akan menentukan seberapa banyak atau kurangnya cahaya dibenarkan memasuki lensa dan ianya dinyatakan dengan nilai f-nombor.  

 
Bilah iris pada lensa


Aperture besar (atau f-nombor kecil) membenarkan lebih banyak cahaya memasuki kamera, manakala Aperture kecil (atau f-nombor besar) membenarkan kurang cahaya memasuki kamera melalui sesebuah lensa yang digunakan. Lihat rajah di bawah untuk menilai kaitan di antara bukaan bilah iris pada lensa dan f-nombor.


Saiz bukaan iris VS f-nombor


f-nombor

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah kita menginginkan cahaya yang kurang memasuki kamera atau lensa? Jawapan logiknya adalah kerana kita mahukan lebih banyak "Depth of Field". Depth of field merupakan kesan langsung atau hasil akibat daripada proses penetapan nilai aperture atau f-nombor tadi. 

Aperture kecil (atau f-nombor besar) memberikan Depth of Field yang lebih banyak, sekaligus membolehkan lebih banyak fokus pada sesuatu imej yang dirakamkan. Aperture kecil seringkali diguna pakai apabila mahu merakamkan imej seperti lanskap, bangunan atau lain-lain. 

Manakala, Aperture besar (atau f-nombor kecil) memberikan Depth of Field yang kurang, mengakibatkan hanya sedikit fokus pada sesuatu imej yang dirakamkan.
Ia sering diguna pakai apabila mahu merakamkan imej kebiasaannya seperti potret. Dengan berkurangnya Depth of Field, ia membolehkan kita untuk memberikan kesan "pengasingan" kepada subjek yang dirakam berbanding latar belakangnya. 

Rajah di bawah memberikan contoh bagaimana tetapan sesuatu aperture (f-nombor) berhubungkait dan memberikan efek berbeza kepada Depth of Field di dalam sebuah gambar.


Rajah 2: Aperture & Depth-of-Field

"Trivia"

Kebanyakkan daripada lensa kamera memiliki ketajaman (sharpness) tertinggi pada nilai fokusnya apabila digunakan pada tetapan nilai aperture di antara f/5.6 hingga ke f/8.



No comments:

Post a Comment