NZXT S340
NZXT S340 design by Razer merupakan sebuah kerangka komputer atau "case" edisi khas dikeluarkan oleh syarikat NZXT. Ia masih merupakan sebuah kerangka bersaiz sederhana dalam kategori "Mid-Tower" yang mampu menampung motherboard bersaiz Mini-ITX, Macro-ATX & ATX seperti mana edisi original yang menerapkan tema Razer; seorang pemain video game professional. Harga pasaran tempatan untuk S340 edisi khas Razer ini adalah sebanyak RM470-RM500.
Kualiti
Kualiti
S340 edisi khas Razer ini memiliki kualiti buatan yang sama seperti edisi original. Diperkuatkan dengan tempaan 100% logam, kini ia memiliki keberatan sebanyak 7.29kg berikutan penambahan beberapa aksesori baru untuk rekaan khas ini.
Penambahan aksesori baru seperti dua (2) lampu denyar "Neon Green" yang meliputi sepanjang bahagian bawah kerangka. Ia turut mempunyai nyalaan LED pada bahagian logo Razer dipermukaan penutup hadapan. Kesinambungan tema Razer turut diserap kepada butang kuasa dengan nyalaan LED dan juga slot / lubang USB 3.0 yang berwarna hijau. Di samping itu, tertera juga logo Razer pada bahagian palang kabel. Keseluruhan permukaan kerangka, kedua-dua penutup sisi dan juga penutup hadapan mendapat kemasan warna hitam "matte" di samping memiliki tetingkap sisi pandang-telus acrylic yang gelap.
NZXT S340 - Edisi khas Design by Razer |
(Kiri) | Interior Hadapan & (Kanan) | Interior Belakang |
Kemasan Terperinci
Razer is Green!
Berteraskan konsep Razer, aksesori tambahan diberikan kepada S340 edisi khas ini di mana sepasang lampu denyar "Neon Green" di pasang pada bahagian bawah kerangka. Ia turut memperkenalkan logo Razer yang memiliki nyalaan LED dengan warna yang sama.
Tetingkap Sisi
Edisi khas ini turut menampilkan tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" baru yang lebih gelap. Ini membuatkan kerangka edisi khas ini tampak lebih dramatik di samping kemasan warna hitam matte pada keseluruhan kerangka.

(Kiri) | Panel Hadapan & (Kanan) | Bahagian bawah kerangka |
Tetingkap Sisi
Edisi khas ini turut menampilkan tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" baru yang lebih gelap. Ini membuatkan kerangka edisi khas ini tampak lebih dramatik di samping kemasan warna hitam matte pada keseluruhan kerangka.
Tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" baru yang lebih gelap |
Sistem Pengudaraan / Penyejukan
S340 edisi khas Razer ini masih mengekalkan slot yang sama sepertimana edisi asal dengan empat (4) slot untuk menempatkan "case fans" atau kipas pendingin. Kipas pendingin yang disediakan oleh NZXT untuk edisi khas ini masih dari model FN V2 namun dengan kemasan warna hitam pada keseluruhan kipas. Kedudukan dan saiz kipas pendingin yang disokong oleh kerangka ini adalah:-
• Belakang: 1x 120mm (diberikan 1x120mm FN V2)
• Atas: 1x 120mm / 140mm (diberikan 1x120mm FN V2)
• Hadapan: 2x 120mm / 140mm

Kipas pendingin (FN V2) Hitam boleh didapati dalam saiz 120mm / 140mm |
Anti Debu
Seperti mana edisi asal, edisi khas ini dilengkapi dengan dua (2) sistem penapisan debu sepertimana berikut:-
• Hadapan: Sistem penapis debu yang memiliki kerangka plastik dan penapis halus yang melitupi sepanjang lokasi untuk penetapan kipas pendingin. Kerangka penapis debu ini juga memiliki magnet kecil bagi memudahkan ia melekat pada permukaan kerangka dalaman yang diperbuat daripada logam.
• Bawah: Terdapat satu lagi penapis debu yang diberikan dan ia terletak di bahagian bawah kerangka; di lokasi yang mempunyai ruang udara untuk Power Supply Unit (bahagian bawah-belakang kerangka). Namun begitu, kualiti penapis debu ini masih mengekalkan bentuk daripada edisi asal yang sangat tidak digemari oleh pengguna.

(Kiri) | Penapis Debu Hadapan & (Kanan) | Penapis Debu Bawah |
Slot Simpanan Data
S340 edisi khas Razer ini memiliki beberapa slot yang boleh digunakan untuk menempatkan hard disk bersaiz 3.5 inci atau hard disk/solid state drive 2.5 inci.
• 3x 3.5 inci HDD: Terdapat dua (2) slot hard disk 3.5 inci pada bingkai slot dengan tambahan satu (1) slot lagi pada bahagian bawah kerangka utama.
• 3x 2.5 inci HDD / SSD: Terdapat dua (2) slot hard disk 2.5 inci ATAU solid state drive pada bahagian hadapan kerangka dalaman S340 ini. Ia dilengkapi dengan bingkai individu yang diperkemas menggunakan "thumbs-screw". Manakala, satu (1) slot lagi terletak pada bahagian bawah kerangka utama.

(Kiri) | 2+1 Slot 3.5" HDD & (Kanan) | 2+1 Slot 2.5 HDD/SSD |
Palang Kabel
Pada bahagian dalaman kerangka, terdapat satu lapisan besi yang berfungsi sebagai "penyembunyi" kabel, selain itu ia juga turut membantu dalam memberikan daya sokongan tambahan untuk kekuatan struktur kerangka. Palang tersebut diikat kepada bahagian dalaman kerangka dengan sembilan (9) butir skru dan terdapat logo Razer tertera pada palang tersebut. Ia mempunyai kemasan warna yang sama sepertimana ke semua bahagian kerangka.
Nota:- Berdasarkan bentuk palang tersebut, ianya tidak memungkinkan untuk penggunaan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" untuk radiator pendingin bersaiz 240mm pada bahagian hadapan. Sebaliknya, jika radiator pendingin bersaiz 120mm digunakan, pengguna boleh melakukan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" dengan syarat -- ianya dilakukan pada slot bawah. Namun begitu, ada kemungkinan juga perkara ini tidak dapat dilakukan sekiranya saluran paip pendingin tidak mempunyai kepanjangan yang memadai.
Butang & Slot I/O
Ke semua butang dan slot in-out pada edisi khas ini mendapat kemasan dengan konsep Razer. Nyalaan LED hijau pada butang kuasa dan juga penunjuk aktiviti hard disk. Di samping itu, konsep Razer turut menggantikan warna asal USB 3.0 menjadi warna hijau.
• 1x Butang Kuasa (S340 tidak mempunyai butang "reset")
• 2x Slot / Lubang USB 3.0 (Warna hijau dari konsep Razer)
• 1x Slot / lubang Headset
• 1x Slot / lubang Mikrofon
• 1x LED penunjuk aktiviti hard disk hijau

Konsep Razer turut diberikan kepada slot in-out |
Slot PCI
S340 edisi khas Razer mempunyai tujuh (7) slot PCI untuk kegunaan kad grafik atau hardware lain yang berasaskan PCIe Lane. Penambahan diberikan kepada slot PCI ini di mana terdapatnya penutup pada pinggir slot ini (S340 edisi asal tidak mempunyai penutup ini).
Lain-lain

PCI slot dengan penutup tambahan |
Lain-lain
• Ke dua-dua penutup sisi kiri dan kanan kerangka utama mempunyai "thumbs screw" yang tidak mudah ditanggalkan. Ini dapat mengelakkan kehilangan skru tersebut akibat kecuaian pengguna.
• Mempunyai sejenis "bracket" sebagai aksesori tambahan untuk memudahkan pemasangan Power Supply Unit. Ia juga mempunyai "thumbs screw" bercirikan seperti di atas.
• Mempunyai lapisan pelindung atau "Shroud" yang menutupi keseluruhan Power Supply Unit. Ia diperbuat daripada bahan yang sama digunakan untuk kerangka dalaman. Pada bahagian hadapan pelindung ini, ia mempunyai beberapa bukaan "sirip" yang memudahkan pengaliran udara / haba.
Kelebihan & Kekurangan
Pro
• Kualiti yang sangat baik dan bermutu sepertimana edisi asal.
• Saiz yang kompak dengan rekaan manimalis yang unik dengan tema Razer.
• Mempunyai sokongan radiator pendingin bersaiz sehingga 240mm pada bahagian hadapan.
• Slot atau konfigurasi Power Supply Unit di bahagian bawah kerangka.
• Ruang yang mencukupi di bahagian belakang kerangka dalaman memudahkan untuk proses pengurusan kabel-kabel.
• Mempunyai pelindung Power Supply Unit. Turut membantu dalam memudahkan proses pengurusan kabel yang dinyatakan di atas.
Con
• Berat dan sukar dialihkan. Berat bertambah dengan kehadiran aksesori baru seperti lampu denyar di bahagian bawah kerangka.
• Wayar LED untuk logo Razor pada panel penutup hadapan sangat mudah terdedah kepada kerosakan jika tidak berhati-hati semasa mengendalikan panel tersebut.
• Kualiti tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" yang mudah tercalar.
• Tidak mempunyai penapis debu pada kipas pendingin di bahagian atas.
• Kualiti penapis debu di bahagian bawah berhampiran dengan lokasi Power Supply Unit yang mengecewakan jika dibandingkan dengan harga jualan.
• Tidak mempunyai butang "Reset".
• Slot untuk simpanan data (hard disk / solid state drive) yang terhad.
• Tidak mempunyai slot untuk peranti bersaiz 5.25 inci.

No comments:
Post a Comment