Follow Me

Jan 15, 2017

Review | NZXT S340





NZXT S340

NZXT S340 merupakan sebuah kerangka komputer atau "case" dikeluarkan oleh syarikat NZXT. Ia merupakan sebuah kerangka bersaiz sederhana dalam kategori "Mid-Tower" yang mampu menampung motherboard bersaiz Mini-ITX, Macro-ATX & ATX. Harga pasaran tempatan untuk S340 adalah sebanyak RM320-RM350.


Kualiti

Hampir keseluruhannya buatan S340 adalah menggunakan material logam mampat yang kukuh dengan reka bentuk unik berbentuk segiempat yang mana, ianya jarang dilihat dalam pasaran kerangka komputer pada masa kini. Kerangka komputer ini tampil dengan rekaan minimalis dan elegan meskipun mempunyai saiz yang berskala kompak. 

Rekaan unik NZXT S340 yang minimalis

Oleh kerana hampir ke semua bahagian kerangka ini diperbuat daripada logam padat, ianya mempunyai berat keseluruhan sebanyak 7.05kg (tidak termasuk kandungan hardware). Terdapat beberapa pilihan warna berlainan untuk S340 yang mana ianya mempunyai permukaan dan kemasan efek "glossy" atau berkilat pada keseluruhan permukaan luar kerangka. Manakala, warna pada bahagian dalaman menampilkan kemasan efek "Matte" berwarna hitam.

  • Putih
  • Hitam
  • Hitam + Merah
  • Hitam + Biru
Pilihan warna yang berlainan NZXT S340

(Kiri) | Interior Hadapan & (Kanan) | Interior Belakang


Kemasan Terperinci

Tetingkap Sisi
S340 ini turut menampilkan tetingkap sisi pandang-telus yang diperbuat daripada material "acrylic" bagi memudahkan pengguna untuk melihat isi kandungan perkakasan komputer yang dibina.


Tetingkap sisi acrylic "pandang-telus" bersaiz besar

Sistem Pengudaraan / Penyejukan
S340 memiliki empat (4) slot untuk menempatkan "case fans" atau kipas pendingin. Kedudukan dan saiz kipas pendingin yang disokong oleh kerangka ini adalah:-

• Belakang: 1x 120mm (diberikan 1x120mm FN V2)

• Atas: 1x 120mm / 140mm (diberikan 1x120mm FN V2)
• Hadapan: 2x 120mm / 140mm


Kipas pendingin (FN V2) boleh didapati dalam saiz 120mm / 140mm

Anti Debu

Untuk mengelakkan debu memasuki kerangka dengan mudah, S340 dilengkapi dengan dua (2) sistem penapisan debu seperti berikut:-

Hadapan: Sistem penapis debu yang memiliki kerangka plastik dan penapis halus yang melitupi sepanjang lokasi untuk penetapan kipas pendingin. Kerangka penapis debu ini juga memiliki magnet kecil bagi memudahkan ia melekat pada permukaan kerangka dalaman yang diperbuat daripada logam.


Bawah: Terdapat satu lagi penapis debu yang diberikan dan ia terletak di bahagian bawah kerangka; di lokasi yang mempunyai ruang udara untuk Power Supply Unit (bahagian bawah-belakang kerangka). Namun begitu, kualiti penapis debu ini (dan saiz lubang pada penapis) tidak sebaik penapis debu yang disediakan pada bahagian hadapan; jesturu itu ia mendapat kritikan daripada kebanyakan pengguna.



(Kiri) | Penapis Debu Hadapan & (Kanan) | Penapis Debu Bawah
  

Slot Simpanan Data

S340 memiliki beberapa slot yang boleh digunakan untuk menempatkan hard disk bersaiz 3.5 inci atau hard disk/solid state drive 2.5 inci.

3x 3.5 inci HDD: Terdapat dua (2) slot hard disk 3.5 inci pada bingkai slot dengan tambahan satu (1) slot lagi pada bahagian bawah kerangka utama.


3x 2.5 inci HDD / SSD: Terdapat dua (2) slot hard disk 2.5 inci ATAU solid state drive pada bahagian hadapan kerangka dalaman S340 ini. Ia dilengkapi dengan bingkai individu yang diperkemas menggunakan "thumbs-screw". Manakala, satu (1) slot lagi terletak pada bahagian bawah kerangka utama.



(Kiri) | 2+1 Slot 3.5" HDD & (Kanan) | 2+1 Slot 2.5 HDD/SSD
  
Palang Kabel
Pada bahagian dalaman kerangka, terdapat satu lapisan besi yang berfungsi sebagai "penyembunyi" kabel, selain itu ia juga turut membantu dalam memberikan daya sokongan tambahan untuk kekuatan struktur kerangka. Palang tersebut diikat kepada bahagian dalaman kerangka dengan sembilan (9) butir skru dan terdapat ukiran jenama NZXT pada palang tersebut. 

Ia mempunyai kemasan warna dan lapisan berkilat sama seperti pada semua bahagian luaran kerangka utama. Warna yang diberikan kepada palang tersebut bergantung kepada tema warna yang dipilih pengguna. 



Nota:- Berdasarkan bentuk palang tersebut, ianya tidak memungkinkan untuk penggunaan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" untuk radiator pendingin bersaiz 240mm pada bahagian hadapan. Sebaliknya, jika radiator pendingin bersaiz 120mm digunakan, pengguna boleh melakukan konfigurasi aliran pengudaraan secara "Pull-Push" dengan syarat -- ianya dilakukan pada slot bawah. Namun begitu, ada kemungkinan juga perkara ini tidak dapat dilakukan sekiranya saluran paip pendingin tidak mempunyai kepanjangan yang memadai. 



Palang Kabel

Butang & Slot I/O

Pada bahagian atas-hadapan kerangka utama, terdapat beberapa butang dan slot untuk "in-out" (atau I/O).

• 1x Butang Kuasa (S340 tidak mempunyai butang "reset")

• 2x Slot / Lubang USB 3.0 (biru)
• 1x Slot / lubang Headset
• 1x Slot / lubang Mikrofon
• 1x LED penunjuk aktiviti hard disk


In-Out slot hadapan

Slot PCI

S340 mempunyai tujuh (7) slot PCI untuk kegunaan kad grafik atau hardware lain yang berasaskan PCIe Lane.


PCI Slot


Lain-lain

• Ke dua-dua penutup sisi kiri dan kanan kerangka utama mempunyai "thumbs screw" yang tidak mudah ditanggalkan. Ini dapat mengurangkan kehilangan skru tersebut akibat kecuaian pengguna.
• Mempunyai sejenis "bracket" sebagai aksesori tambahan untuk memudahkan pemasangan Power Supply Unit. Ia juga mempunyai "thumbs screw" bercirikan seperti di atas.
• Mempunyai lapisan pelindung atau "Shroud" yang menutupi keseluruhan Power Supply Unit. Ia diperbuat daripada bahan yang sama digunakan untuk kerangka dalaman. Pada bahagian hadapan pelindung ini, ia mempunyai beberapa bukaan "sirip" yang memudahkan pengaliran udara / haba.


Kelebihan & Kekurangan


Pro

• Kualiti yang sangat baik dan bermutu.
• Saiz yang kompak dengan rekaan manimalis yang unik.
• Mempunyai sokongan radiator pendingin bersaiz sehingga 240mm pada bahagian hadapan.
• Slot atau konfigurasi Power Supply Unit di bahagian bawah kerangka.
• Ruang yang mencukupi di bahagian belakang kerangka dalaman memudahkan untuk proses pengurusan kabel-kabel.
• Mempunyai pelindung Power Supply Unit. Turut membantu dalam memudahkan proses pengurusan kabel yang dinyatakan di atas.

Con

• Berat dan sukar dialihkan.
• Kualiti tetingkap sisi pandang-telus "acrylic" yang mudah tercalar.
• Tidak mempunyai penapis debu pada kipas pendingin di bahagian atas.
• Kualiti penapis debu di bahagian bawah berhampiran dengan lokasi Power Supply Unit yang mengecewakan jika dibandingkan dengan harga jualan.
• Tidak mempunyai butang "Reset".
• Slot untuk simpanan data (hard disk / solid state drive) yang minimum.
• Tidak mempunyai slot untuk peranti bersaiz 5.25 inci seperti DVD ROM, DVDR/W, Fan Control Hub, dll.

No comments:

Post a Comment