Follow Me

Jan 6, 2017

Review | UNIGINE Heaven

UNIGINE HEAVEN


UNIGINE Heaven benchmark merupakan perisian popular yang digunakan untuk menguji keupayaan sesuatu kad grafik melalui penggunaan DirectX 11.

Heaven benchmark 4.0 merupakan versi terkini aplikasi ini. Ia berfungsi dengan memberikan "tekanan" terhadap daya upaya sesuatu kad grafik ke tahap tertinggi. Ia juga digunakan secara efektif untuk menentukan kestabilan kad grafik pada kondisi daya kerja ekstrem. Di samping itu, ia juga digunakan untuk menentukan potensi sistem penyejukan kad grafik pada kondisi daya kerja ekstrem.

UNIGINE Heaven Benchmark
Pada saat aplikasi ini diaktifkan, ia akan membawa pengguna kepada suatu persekitaran seakan-akan dunia magik yang berkonsepkan "steampunk". Ia seakan-akan sebuah bandar "tembaga" yang didirikan di atas sebuah pulau terapung. 

Apabila "benchmark" dilakukan, aplikasi ini akan mula menyelusuri semua bahagian di atas pulau tersebut. Ia akan mula menyelusuri setiap pelusuk bandar - Tempat pejalan kaki yang disimbahi cahaya kekuningan matahari, meneroka kapal atau belon terbang yang berlabuh di pinggiran pulau terebut yang di kelilingi oleh awan-awan sehinggalah ke kawasan dataran bandar yang mempunyai tugu naga yang megah berdiri. 

Ke semua proses ini akan memberikan daya tekanan kerja kepada kad grafik ke tahap maksimum. Ia menggunakan enjin grafik UNIGINE yang unik untuk menguji keupayaan grafik API 

Kapal/Belon Terbang

Tugu Naga
Ciri-ciri
  • Tahap uji kestabilan kad grafik ekstrem
  • Keputusan ujian yang tepat kerana menggunakan 100% benchmark untuk kad grafik
  • Mempunyai beberapa tetapan benchmark yang boleh digunakan untuk menentukan perbandingan ujian
  • Sokongan untuk DirectX 9, DirectX 11 dan OpenGL 4.0
  • Sokongan untuk multi platfom - Windows, Linux dan Mac OS X
  • Mengunakan tetapan "tessalation" yang boleh dilaraskan untuk penggunaan secara komprehensif
  • Kebolehan untuk mengubah tetapan jumlah/amaun awan dan petukaran siang-malam untuk benchmark
  • Pencahayaan semulajadi secara global yang realistik
  • Mod sinematik kamera yang unik 
  • Sokongan untuk penggunaan konfigurasi multi monitor
  • Kepelbagaian mod Stereo 3D
  • Pemantauan terhadap suhu kad grafik
  • Keputusan yang boleh diubahsuai dalam format CSV
  • Sokongan bagi mod renderasi perisian DirectX 11 untuk tujuan rujukan
  • Sokongan untuk bahasa English, Rusia dan China


Sistem yang diperlukan

Perisian ini memerlukan Windows Vista / 7/ 8 atau Linux dan kad grafik yang menyokong DirectX 11 / OpenGL 4.0 untuk beroperasi.

Kad Grafik (GPU)
  • ATI Radeon HD 4000-series dan ke atas
  • NVidia GeForce 8000-series dan ke atas
  • Intel HD 3000 dan ke atas

Memori Kad Grafik: 512MB (Minima)

Sistem Operasi
  • Windows Vista / 7/ 8 / 10
  • Linux
  • Mac OS X 10.8
Perbezaan di antara versi UNIGINE Heaven

Sila klik DI SINI untuk mendapatkan UNIGINE Heaven 4.0 untuk versi percuma.

No comments:

Post a Comment