MAXON Cinebench |
Cinebench adalah perisian yang diguna pakai bagi menentukan prestasi dan keupayaan komputer anda dalam konteks penggunaan dalam dunia nyata. Perisian ini adalah berdasarkan kepada perisian MAXON yang memenangi anugerah dalam CINEMA 4D. Ianya diguna pakai secara meluas oleh studio dan produksi di seluruh dunia dalam reka cipta 3D. Sebagai contoh, perisian MAXON ini pernah digunakan dalam pembikinan filem Blockbuster seperti Iron Man 3, Oblivion, Life of Pi, Prometheus dan lain-lain lagi.
Prestasi Pemprosesan Utama (CPU)
Ujian ini akan menguji "keupayaan memproses" yang dimiliki oleh sistem anda untuk merenderasikan sejenis rajah animasi photorealistic 3D rekaan oleh AixSponza yang bertajuk "No Keyframes". Ujian ini menggunakan pelbagai variasi algoritma untuk memberikan kesan stres kepada semua teras pemprosesan (CPU Cores) yang dimiliki oleh sistem anda.
"No Keyframes" oleh AixSponza |
Prestasi Kad Grafik (GPU OpenGL)
Proses ini melibatkan penggunaan senario 3D yang kompleks rekaan renderbaron yang dinyatakan dalam bentuk adegan kejar mengejar dua buah kereta. Ia akan menguji keupayaan kad grafik anda dalam mod OpenGL. Keputusan akan bergantung kepada keupayaan pemprosesan utama kad grafik terhadap software grafik yang digunakan. Di dalam ujian ini, kad grafik anda diperlukan untuk memaparkan sejumlah besar geometri (hampir 1 juta poligon) dan tekstur.
3D "car chase" scene oleh renderbaron |
Selain itu, ia juga turut menguji keupayaan kad grafik untuk memaparkan pelbagai efek seperti environment, bump maps, transperancy, lighting dan banyak lagi. Daripada ujian ini, anda akan memperolehi maklumat serta kemampuan asas kad grafik yang dimiliki. Keputusan ujian ini akan dinyatakan dalam nilai frame per second (fps). Semakin tinggi nilai poin ini, bermakna semakin laju keupayaan pemprosesan kad grafik anda.
Siapakah yang harus mengunakan Maxon Cinebench?
Perisian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan evaluasi tentang keupayaan sistem mereka - sama ada keupayaan CPU atau pun GPU.
Dapatkan Maxon Cinebench R15.0.3.8 (64-Bit) secara percuma DI SINI.
No comments:
Post a Comment