Follow Me

Dec 11, 2016

Asas DSLR | Shutter Speed

Shutter Speed


Shutter speed (Mod Tv / S) merupakan tempoh masa bukaan pengatup (shutter) pada sensor sebelum ia kembali tertutup semula. Apabila pengatup ini terbuka, ia akan mendedahkan sensor kepada cahaya. Tempoh kelajuan masa pengatup untuk terbuka dan kemudian tertutup semula akan mempengaruhi kualiti dedahan cahaya kepada sesuatu imej yang dirakam. Kelajuan proses pengatup terbuka-tertutup ini dikira dalam unit saat (sec).

Contoh nilai shutter speed adalah seperti berikut:-

10 sec | 1 sec | 1/8 sec | 1/60 sec | 1/125 sec | 1/800 sec | 1/1000 sec | 1/2000 sec | 1/4000 sec

Fast Shutter adalah istilah diberikan kepada tempoh sensor terdedah kepada cahaya dalam tempoh yang sedikit. Ini akan mengakibatkan imej berada dalam keadaan yang dipanggil "lower exposure" atau pencahayaan rendah. Manakala Slow Shutter pula membolehkan pengatup dibuka dalam tempoh yang lebih lama agar cahaya dapat dikesan oleh sensor dan memberikan keadaan imej yang mempunyai "higher exposure" atau pencahayaan tinggi. Rujuk kepada rajah 1 untuk contoh.


Rajah 1: Fast Shutter kepada Slow Shutter


Fast Shutter digunakan untuk memberhentikan pergerakkan. Ianya sama ada daripada pergerakkan kamera atau pun daripada pergerakkan sesuatu objek. Ini akan memberikan ketajaman yang lebih kepada titik fokus imej. Harus diingat bahawa semakin lama pengatup terbuka (slow shutter), sensor pada kamera akan merakamkan sebarang keadaan yang berlaku pada kamera yang sedang digunakan. Jika berlaku sedikit pergerakkan (sama ada daripada kamera itu sendiri atau objek yang dirakam), maka akan menghasilkan imej yang mempunyai kesan kabur yang dipanggil "blurriness". Sila rujuk rajah 2 untuk melihat contoh kesan kelajuan shutter terhadap imej.

Rajah 2: Fast Shutter (Kiri) VS Slow Shutter (Kanan)

No comments:

Post a Comment