Follow Me

Jan 7, 2017

Asas DSLR | Jenis-jenis Lensa

Jenis-jenis Lensa

Terdapat DUA (2) jenis lensa yang digunakan di dalam fotografi (berdasarkan kepada struktur reka bentuk) iaitu:-
  • Fixed lens adalah istilah yang merujuk kepada lensa yang memiliki hanya satu panjang fokal dan ianya tidak berubah.
  • Zoom lens adalah istilah yang merujuk kepada lensa yang memiliki panjang fokal "lebih daripada satu" atau boleh-ubah.
Walaupun kedua-dua jenis utama lensa ini berbeza dari segi jenis, struktur, buatan ATAU kualitinya, namun ianya mempunyai fungsi yang sama iaitu; medium yang membenarkan cahaya memasuki sesebuah kamera dalam penghasilan imej.

Contoh-contoh Fixed Lens


Panjang Fokal

Panjang Fokal atau "Focal Length" pada sesuatu sistem optik merujuk kepada keupayaannya untuk mengukur "kebolehan" sistem tersebut untuk menumpu atau mencapah cahaya. Ia dinilai mengunakan unit milimeter (mm) yang berdasarkan kepada filem 35mm. Setiap panjang fokal yang berbeza akan menghasilkan perspektif gambar yang berlainan menurut penggunaan.Melalui perbezaan panjang fokal inilah membolehkan sesuatu jenis lensa itu dikategorikan.


Kategori Lensa

Berdasarkan kepada jenis-jenis lensa di atas tadi, kini ianya boleh diklasifikasikan pula kepada beberapa kategori lensa. 

  • Ultra Wide Lens
  • Wide Lens
  • Standard Lens
  • Portrait Lens
  • Telephoto Lens
  • Super Telephoto Lens
  • Special Lens

Kebanyakan pengeluar lensa terkemuka di dunia (seperti Nikon, Canon, Sony, Samyang, Sigma, Tamron, Tokina, Voiglander, Zeiss & dll) menghasilkan lensa yang memiliki panjang fokal di antara 20mm, 24mm, 28mm, 35mm, 40mm, 50mm, 85mm, 105mm, 135mm, 200mm, 300mm, 400mm sehingga 600mm. Mereka juga turut mengeluarkan lensa yang mempunyai panjang fokal yang sama, namun mempunyai nilai maksimum aperture yang berbeza. Ini adalah penting kerana setiap jenis lensa harus diselaraskan mengikut keperluan dan tujuan penghasilan imej.

Nota
Panjang fokal sesebuah lensa boleh ditambah dengan menggunakan lensa tambahan / sekunder yang dipanggil teleconverter. Ia turut dikenali sebagai "Tele Extender".


Nikon AF-S Teleconverter TC-14E III

Kaedah penggunaan Teleconverter


Di bawah adalah penerangan lanjut mengenai perbezaan bagi setiap kategori-kategori sesebuah lensa.

Ultra Wide Lens 
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 14mm hingga 21mm. Oleh kerana lensa ini selalunya cenderung digunakan dalam jarak yang begitu dekat, ianya menghasilkan kesan perspektif yang dramatik.

Contoh Ultra Wide Lens adalah seperti:- 
  • Canon EF-S 10-22mm f/3.5-4.5 USM
  • Nikon AF Nikkor 14mm f/2.8D ED
  • Tokina AT-X 11-16mm f/2.8 PRO DX V
Contoh-contoh Ultra Wide Lens


Wide Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 24mm hingga 35mm. Oleh kerana lensa ini selalunya cenderung digunakan dalam jarak yang begitu dekat, ianya menghasilkan perspektif yang lebih luas berbanding lensa di dalam kategori Standard.

Contoh Wide Lens adalah seperti:- 
  • Nikon AF-S NIKKOR 35mm f/1.4G
  • Tokina AT-X 17-35 f/4 PRO FX
  • Canon EF 35mm f/1.4L II USM
Contoh-contoh Wide Lens


Standard Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal 50mm. Lensa yang memiliki panjang fokal ini memberikan efek seakan-akan perspektif mata manusia.

Contoh Standard Lens adalah seperti:- 
  • Sigma 50mm f/1.4 Art
  • Canon 50mm f/1.2 L
  • Nikon AF-S NIKKOR 50mm f/1.4G
Contoh-contoh Standard Lens


Portrait Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 52mm hingga 85mm. Ia juga dikenali sebagai short telephoto yang mana memberikan jarak subjek yang agak jauh daripada kamera dan sering menghasilkan perspektif yang sangat menyenangkan.

Contoh Portrait Lens adalah seperti:- 
  • Nikon AF-S NIKKOR 58mm f/1.4G
  • Sigma 85mm f/1.4 DG HSM Art
  • Canon EF 85mm f/1.8 USM

Contoh-contoh Potrait Lens


Telephoto Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal di antara 105mm hingga 135mm. Lensa daripada kategori ini boleh digunakan untuk merakamkan imej aksi seperti sukan yang selalunya mempunyai subjek yang berada jauh daripada kamera. Ia juga sesuai digunakan untuk tujuan imej potret yang mana jika digunakan dengan kombinasi aperture besar akan menghasilkan kesan pengasingan subjek terhadap latar belakang kerana ianya menghasilkan depth of field yang kurang.

Contoh Telephoto Lens adalah seperti:- 
  • Canon EF 100mm f/2.8L Macro IS USM
  • Sigma 50-100mm f/1.8 DC HSM Art
  • Nikon 135mm f/2D AF DC

Contoh-contoh Telephoto Lens


Super Telephoto Lens
Lensa dalam kategori ini selalunya memiliki panjang fokal melebihi 200mm sehingga 500mm. Lensa daripada kategori ini popular dan sering digunakan untuk merakamkan imej aksi seperti sukan dan hidupan liar yang selalunya mempunyai subjek yang berada jauh daripada kamera. Lensa daripada jenis ini selalunya bersaiz besar dan begitu berat.

Contoh super telephoto lens adalah seperti:- 
  • Sigma 120-300mm f/2.8 DG OS HSM
  • Canon EF 400mm f/4 DO IS II
  • Nikon AF-S Nikkor 500mm f/4E FL ED VR

Contoh-contoh Super Telephoto Lens


Special Lens 
Lensa dalam kategori ini merupakan lensa khas yang memiliki ciri-ciri dan untuk kegunaan tertentu. Di antara lensa yang termasuk dalam kategori ini adalah:-

■ Fisheye Lens 
Lensa dalam kategori ini memiliki panjang fokal terendah di antara 8mm sehingga 14mm. Ciri-ciri utama lensa fisheye ini adalah; ianya ringan dan padat, mempunyai perspektif dan sudut pandang yang sangat luas. Ia juga mudah dikenalpastikan melalui bentuk luaran lensa yang berbentung cembung. 

Contoh Fisheye Lens adalah seperti:-

  • Samyang 8mm T3.8 Diagonal Fisheye
  • Kaili Optronics Kelda 6.5mm f/3.5 Fisheye
  • Nikon AF DX Fisheye-Nikkor 10.5mm f/2.8G ED

Contoh-contoh Fisheye Lens


■ Macro Lens 

Lensa dalam kategori ini memiliki panjang fokal di antara 40mm sehingga mencecah 200mm. Lensa macro ini sangat sesuai digunakan untuk merakamkan imej hidupan mikro seperti serangga dan objek-objek yang mempunyai maklumat atau tekstur yang halus. Lensa macro mempunyai kebolehan unik untuk "membesarkan" skala sesuatu subjek yang dirakam pada ratio 1:1 dalam dunia nyata.

Contoh Macro Lens adalah seperti:-

  • Canon EF 100mm f/2.8L Macro IS USM
  • Tamron SP 90mm f/2.8 Di Macro
  • Nikon AF Nikkor 200mm f/4 ED-IF Micro

Contoh-contoh Macro Lens


■ Tilt-and-Shift Lens 
Lensa dalam kategori ini memiliki panjang fokal di antara 17mm sehingga 30mm. Lensa ini memiliki bentuk luaran yang unik seperti mana juga pada struktur dalamannya. Lensa ini secara luarannya terbahagi kepada dua atau lebih bahagian yang boleh digerakkan ketika merakamkan sesuatu imej. Pengunaan lensa ini sangat popular untuk proses merakamkan imej bangunan dan struktur-struktur. 

Contoh Tilf-and-Shift Lens adalah seperti:-

  • Samyang 24mm f/3.5 ED AS UMC Tilt-Shift
  • Canon TS-E 24mm f/3.5L II Tilt-Shift
  • Nikon AF Nikkor 24mm f/3.5D PC-E



Contoh-contoh Tift-and-Shift Lens

■ Infrared Lens 
• LSW 100mm f/2 Lens with Iris

Contoh Infrared Lens

No comments:

Post a Comment