Follow Me

Jan 6, 2017

Review | UNIGINE Heaven

UNIGINE HEAVEN


UNIGINE Heaven benchmark merupakan perisian popular yang digunakan untuk menguji keupayaan sesuatu kad grafik melalui penggunaan DirectX 11.

Heaven benchmark 4.0 merupakan versi terkini aplikasi ini. Ia berfungsi dengan memberikan "tekanan" terhadap daya upaya sesuatu kad grafik ke tahap tertinggi. Ia juga digunakan secara efektif untuk menentukan kestabilan kad grafik pada kondisi daya kerja ekstrem. Di samping itu, ia juga digunakan untuk menentukan potensi sistem penyejukan kad grafik pada kondisi daya kerja ekstrem.

UNIGINE Heaven Benchmark
Pada saat aplikasi ini diaktifkan, ia akan membawa pengguna kepada suatu persekitaran seakan-akan dunia magik yang berkonsepkan "steampunk". Ia seakan-akan sebuah bandar "tembaga" yang didirikan di atas sebuah pulau terapung. 

Apabila "benchmark" dilakukan, aplikasi ini akan mula menyelusuri semua bahagian di atas pulau tersebut. Ia akan mula menyelusuri setiap pelusuk bandar - Tempat pejalan kaki yang disimbahi cahaya kekuningan matahari, meneroka kapal atau belon terbang yang berlabuh di pinggiran pulau terebut yang di kelilingi oleh awan-awan sehinggalah ke kawasan dataran bandar yang mempunyai tugu naga yang megah berdiri. 

Ke semua proses ini akan memberikan daya tekanan kerja kepada kad grafik ke tahap maksimum. Ia menggunakan enjin grafik UNIGINE yang unik untuk menguji keupayaan grafik API 

Kapal/Belon Terbang

Tugu Naga
Ciri-ciri
  • Tahap uji kestabilan kad grafik ekstrem
  • Keputusan ujian yang tepat kerana menggunakan 100% benchmark untuk kad grafik
  • Mempunyai beberapa tetapan benchmark yang boleh digunakan untuk menentukan perbandingan ujian
  • Sokongan untuk DirectX 9, DirectX 11 dan OpenGL 4.0
  • Sokongan untuk multi platfom - Windows, Linux dan Mac OS X
  • Mengunakan tetapan "tessalation" yang boleh dilaraskan untuk penggunaan secara komprehensif
  • Kebolehan untuk mengubah tetapan jumlah/amaun awan dan petukaran siang-malam untuk benchmark
  • Pencahayaan semulajadi secara global yang realistik
  • Mod sinematik kamera yang unik 
  • Sokongan untuk penggunaan konfigurasi multi monitor
  • Kepelbagaian mod Stereo 3D
  • Pemantauan terhadap suhu kad grafik
  • Keputusan yang boleh diubahsuai dalam format CSV
  • Sokongan bagi mod renderasi perisian DirectX 11 untuk tujuan rujukan
  • Sokongan untuk bahasa English, Rusia dan China


Sistem yang diperlukan

Perisian ini memerlukan Windows Vista / 7/ 8 atau Linux dan kad grafik yang menyokong DirectX 11 / OpenGL 4.0 untuk beroperasi.

Kad Grafik (GPU)
  • ATI Radeon HD 4000-series dan ke atas
  • NVidia GeForce 8000-series dan ke atas
  • Intel HD 3000 dan ke atas

Memori Kad Grafik: 512MB (Minima)

Sistem Operasi
  • Windows Vista / 7/ 8 / 10
  • Linux
  • Mac OS X 10.8
Perbezaan di antara versi UNIGINE Heaven

Sila klik DI SINI untuk mendapatkan UNIGINE Heaven 4.0 untuk versi percuma.

Dec 26, 2016

Review | MAXON Cinebench

MAXON CINEBENCH


MAXON Cinebench


Cinebench adalah perisian yang diguna pakai bagi menentukan prestasi dan keupayaan komputer anda dalam konteks penggunaan dalam dunia nyata. Perisian ini adalah berdasarkan kepada perisian MAXON yang memenangi anugerah dalam CINEMA 4D. Ianya diguna pakai secara meluas oleh studio dan produksi di seluruh dunia dalam reka cipta 3D. Sebagai contoh, perisian MAXON ini pernah digunakan dalam pembikinan filem Blockbuster seperti Iron Man 3, Oblivion, Life of Pi, Prometheus dan lain-lain lagi. 


Prestasi Pemprosesan Utama (CPU)


Ujian ini akan menguji "keupayaan memproses" yang dimiliki oleh sistem anda untuk merenderasikan sejenis rajah animasi photorealistic 3D rekaan oleh AixSponza yang bertajuk "No Keyframes". Ujian ini menggunakan pelbagai variasi algoritma untuk memberikan kesan stres kepada semua teras pemprosesan (CPU Cores) yang dimiliki oleh sistem anda.



"No Keyframes" oleh AixSponza


Perisian ini juga mampu mengukur sistem anda sehingga ke 256 benang pemprosesan. Ia mengandungi 2,000 objek yang mana memiliki lebih daripada 300,000 poligon secara keseluruhan. Ia membabitkan proses sharp/blur reflections, area lights, shadows, procedural shaders, antialising dan banyak lagi. Keputusan ujian ini akan dinyatakan dalam nilai point (pts). Semakin tinggi nilai poin ini, bermakna semakin laju keupayaan pemprosesan sistem anda.


Prestasi Kad Grafik (GPU OpenGL)


Proses ini melibatkan penggunaan senario 3D yang kompleks rekaan renderbaron yang dinyatakan dalam bentuk adegan kejar mengejar dua buah kereta. Ia akan menguji keupayaan kad grafik anda dalam mod OpenGL. Keputusan akan bergantung kepada keupayaan pemprosesan utama kad grafik  terhadap software grafik yang digunakan. Di dalam ujian ini, kad grafik anda diperlukan untuk memaparkan sejumlah besar geometri (hampir 1 juta poligon) dan tekstur.



3D "car chase" scene oleh renderbaron

Selain itu, ia juga turut menguji keupayaan kad grafik untuk memaparkan pelbagai efek seperti environment, bump maps, transperancy, lighting dan banyak lagi. Daripada ujian ini, anda akan memperolehi maklumat serta kemampuan asas kad grafik yang dimiliki. Keputusan ujian ini akan dinyatakan dalam nilai frame per second (fps). Semakin tinggi nilai poin ini, bermakna semakin laju keupayaan pemprosesan kad grafik anda. 


Siapakah yang harus mengunakan Maxon Cinebench?


Perisian ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan evaluasi tentang keupayaan sistem mereka - sama ada keupayaan CPU atau pun GPU. 


Dapatkan Maxon Cinebench R15.0.3.8 (64-Bit) secara percuma DI SINI.

Dec 11, 2016

Asas DSLR | ISO

ISO

ISO merupakan istilah fotografi moden yang merujuk kepada nilai kepekaan sesebuah sensor terhadap cahaya pada kamera digital SLR. Ia mempunyai ciri dan prinsip yang sama sepertimana penggunaan ASA pada kamera filem. Semakin kecil nilai ISO yang digunakan, maka semakin kurang kepekaannya kepada cahaya dan semakin kurang digital "noise" yang terhasil pada imej yang dirakamkan.

Penggunaan ISO pada tetapan yang tinggi selalunya digunakan ketika cuba merakamkan imej pada keadaan yang mempunyai kurang sumber cahaya (low light condition) bagi mendapatkan penggunaan shutter speed yang lebih laju. Namun begitu, penggunaan ISO pada tetapan yang tinggi mempunyai kesan sampingan - noise yang semakin banyak. Imej yang mempunyai noise yang banyak, cenderung memiliki "sharpness" dan "details" yang kurang - imej menjadi kurang resolusi (resolution).


Tahukah Anda...

Dalam fotografi tradisi (filem), ASA merupakan istilah yang diguna pakai di ketika itu. Ia merupakan istilah yang lebih merujuk kepada kepekaan 35mm filem terhadap cahaya pada dalam kamera SLR - 100, 200, 400, 800, 3200 dan sebagainya. Semakin kecil nilai ASA pada filem tersebut, maka "grain" yang terhasil pada imej adalah lebih halus dan sedikit.


Rajah 1: Contoh nilai ASA pada gulungan filem pelbagai jenama


Asas DSLR | Shutter Speed

Shutter Speed


Shutter speed (Mod Tv / S) merupakan tempoh masa bukaan pengatup (shutter) pada sensor sebelum ia kembali tertutup semula. Apabila pengatup ini terbuka, ia akan mendedahkan sensor kepada cahaya. Tempoh kelajuan masa pengatup untuk terbuka dan kemudian tertutup semula akan mempengaruhi kualiti dedahan cahaya kepada sesuatu imej yang dirakam. Kelajuan proses pengatup terbuka-tertutup ini dikira dalam unit saat (sec).

Contoh nilai shutter speed adalah seperti berikut:-

10 sec | 1 sec | 1/8 sec | 1/60 sec | 1/125 sec | 1/800 sec | 1/1000 sec | 1/2000 sec | 1/4000 sec

Fast Shutter adalah istilah diberikan kepada tempoh sensor terdedah kepada cahaya dalam tempoh yang sedikit. Ini akan mengakibatkan imej berada dalam keadaan yang dipanggil "lower exposure" atau pencahayaan rendah. Manakala Slow Shutter pula membolehkan pengatup dibuka dalam tempoh yang lebih lama agar cahaya dapat dikesan oleh sensor dan memberikan keadaan imej yang mempunyai "higher exposure" atau pencahayaan tinggi. Rujuk kepada rajah 1 untuk contoh.


Rajah 1: Fast Shutter kepada Slow Shutter


Fast Shutter digunakan untuk memberhentikan pergerakkan. Ianya sama ada daripada pergerakkan kamera atau pun daripada pergerakkan sesuatu objek. Ini akan memberikan ketajaman yang lebih kepada titik fokus imej. Harus diingat bahawa semakin lama pengatup terbuka (slow shutter), sensor pada kamera akan merakamkan sebarang keadaan yang berlaku pada kamera yang sedang digunakan. Jika berlaku sedikit pergerakkan (sama ada daripada kamera itu sendiri atau objek yang dirakam), maka akan menghasilkan imej yang mempunyai kesan kabur yang dipanggil "blurriness". Sila rujuk rajah 2 untuk melihat contoh kesan kelajuan shutter terhadap imej.

Rajah 2: Fast Shutter (Kiri) VS Slow Shutter (Kanan)

Dec 10, 2016

Asas DSLR | Aperture

Aperture

Aperture (Mod Av / A) merupakan istilah yang merujuk kepada "seberapa besar atau kecil" bukaan bilah iris pada sesebuah lensa. Bilangan bilah iris pada sesebuah lensa adalah berbeza namun mempunyai fungsi yang sama; membenarkan cahaya untuk memasuki lensa. Saiz bukaan iris ini akan menentukan seberapa banyak atau kurangnya cahaya dibenarkan memasuki lensa dan ianya dinyatakan dengan nilai f-nombor.  

 
Bilah iris pada lensa


Aperture besar (atau f-nombor kecil) membenarkan lebih banyak cahaya memasuki kamera, manakala Aperture kecil (atau f-nombor besar) membenarkan kurang cahaya memasuki kamera melalui sesebuah lensa yang digunakan. Lihat rajah di bawah untuk menilai kaitan di antara bukaan bilah iris pada lensa dan f-nombor.


Saiz bukaan iris VS f-nombor


f-nombor

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah kita menginginkan cahaya yang kurang memasuki kamera atau lensa? Jawapan logiknya adalah kerana kita mahukan lebih banyak "Depth of Field". Depth of field merupakan kesan langsung atau hasil akibat daripada proses penetapan nilai aperture atau f-nombor tadi. 

Aperture kecil (atau f-nombor besar) memberikan Depth of Field yang lebih banyak, sekaligus membolehkan lebih banyak fokus pada sesuatu imej yang dirakamkan. Aperture kecil seringkali diguna pakai apabila mahu merakamkan imej seperti lanskap, bangunan atau lain-lain. 

Manakala, Aperture besar (atau f-nombor kecil) memberikan Depth of Field yang kurang, mengakibatkan hanya sedikit fokus pada sesuatu imej yang dirakamkan.
Ia sering diguna pakai apabila mahu merakamkan imej kebiasaannya seperti potret. Dengan berkurangnya Depth of Field, ia membolehkan kita untuk memberikan kesan "pengasingan" kepada subjek yang dirakam berbanding latar belakangnya. 

Rajah di bawah memberikan contoh bagaimana tetapan sesuatu aperture (f-nombor) berhubungkait dan memberikan efek berbeza kepada Depth of Field di dalam sebuah gambar.


Rajah 2: Aperture & Depth-of-Field

"Trivia"

Kebanyakkan daripada lensa kamera memiliki ketajaman (sharpness) tertinggi pada nilai fokusnya apabila digunakan pada tetapan nilai aperture di antara f/5.6 hingga ke f/8.